Md Rayhan Dihantar Pulang Ke Negara Asal Malam Ini

Posted on Friday, August 21, 2020 | 8/21/2020



Akhirnya hukuman ke atas warga Bangladesh Md Rayhan yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia hadir juga apabila malam ini dia akan dihantar pulang ke negara asal buat selama-lamanya.

Rayhan yang dibawah tahanan Jabatan Imigresen Malaysia itu akan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini.

Pasukan pengusiran akan membawa Md Rayhan ke KLIA pada 9 malam. - Kata Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Sebelum ini Ohmedia ada menaikkan artikel yang mengatakan Rayhan tidak akan didakwa dan hanya akan dihantar pulang ke negara asal buat selama-lamanya. Ini bermakna Rayhan akan diharamkan masuk ke Malaysia walaupun secara sah.


Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/21/2020

0 comments:

Loading...