Peratusan Handling Sesebuah Kereta Sangat Penting Untuk Kaki Tekan

Posted on Monday, August 17, 2020 | 8/17/2020



Korang tahu tak yang handling sesebuah kereta tu sangatlah penting? Ohmedia tahu ramai antara korang yang jenis kaki cilok, kaki memotong, kaki corner baring dan sebagainya apabila memandu kereta. Tambah lagi yang selalu bangun lambat dan nak kejar masa masuk kerja on time tu. Tapi kalau handling kereta korang tu tak padu, silap-silap ke gaung lah cerita dia nanti.


Bila sesebuah kereta tu dilengkapi dengan handling yang terbaik, masa korang ambil corner pun kereta akan jadi cun jer melekat atas jalan. So macam mana nak jadikan handling sesebuah kereta tu terbaik? Senang jer, tukarlah absober standard kereta korang tu kepada coilover atau selalu yang orang panggil adjustable.


Dekat pasaran, ada dua jenis adjustable yang Ohmedia tahu. Satunya, yang boleh setting tahap keras dan ketinggian yang dipanggil adjustable hi low soft hard. Keduanya pula yang hanya boleh setting tahap ketinggian kereta yang dipanggil hi low.


Untuk adjustable ni dah ada banyak jenama dipasaran gais dengan harga yang berbeza. So, korang perlulah pilih jenama yang tahan lama dan sedap apabila dipasangkan, contohnya macam Ohlins Racing, GAP, Tein dan sebagainya. So bila pasang jer adjustable dekat Myvi korang nanti, confirm cun punya bila ambil cornering dan takde rasa nak terbalik lagi. Percayalah, seratus peratus terjamin.

Kredit: EZ Motorwork

+ Baca respon pembaca pentingnya handling sesebuah kereta di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/17/2020

0 comments:

Loading...