Perut buncit selamatkan lelaki ini dari terjatuh dalam perigi

Posted on Friday, August 14, 2020 | 8/14/2020



Seorang lelaki bernasib baik apabila perut buncitnya menghalang dirinya dari terjatuh ke dalam perigi.

Lelaki yang dikenali sebagai Liu, 28, tersangkut di perigi dan terpaksa meminta bantuan dari bomba untuk menyelamatkannya. 

Kejadian itu berlaku pada Selasa lalu (11/8/2020) di Henan, China di mana Liu tersangkut di perigi rumahnya. 

Difahamkan, Liu pada awalnya diminta oleh orang tuanya untuk membuang kayu dan barangan lain ke dalam perigi. 

Menurut orang tua Liu, perigi itu telah kering setelah digunakan beberapa tahun. Lalu mereka bercadang mengisinya dengan kayu agar tidak mencederakan orang. 

Ketika Liu sedang berusah memasukkan kayu ke dalam perigi itu, dia tergelincir dan nyaris jatuh ke dalamnya.

Bomba yang tiba di lokasi kejadian tidak beberapa lama kemudian, terpaksa melilit badan Liu dengan tali untuk mengeluarkannya. 

Liu nampak tenang dan berpeluk tubuh, sementara perutnya buncitnya bertahan dari mengelakkan dirinya terjatuh ke dalam perigi. 

Akhirnya, Liu berjaya dikeluarkan dan hanya mengalami kesan calar di bahagian perut. 

Sumber: The Sun



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/14/2020

0 comments:

Loading...