Status Hubungan Syamel & Ernie Terbongkar Selepas Sekian Lama Simpan Rahsia


Penyanyi duet popular, Ernie Zakri dan Syamel telahpun bertunang petang semalam. Sebelum ni, memang selalu sangat mereka ni digossipkan sedang bercinta pun dan semuanya telah terjawab. Lama betul mereka berdua ni simpan rahsia. Majlis pertunangan mereka telah diadakan di rumah Ernie pada petang semalam.

Dalam majlis pertunangan mereka itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima. Menurut Berita Harian, Ernie mengatakan yang tiada sebarang tarikh perkahwinan ditetapkan lagi dan mereka akan membincangkannya di lain hari. Walaubagaimanapun, Ernie tidak mahu bertunang lama-lama.

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada kedua-dua penyanyi gandingan serasi ni dan semoga urusan Ernie dan Syamel semuanya dipermudahkan nanti, Aamin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Syamel dan Ernie bertunang di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media