Adik Syukor Hilang 25 Ekor 'Kawan', Ditemui Mati Secara tiba-TIba

Posted on Monday, September 14, 2020 | 9/14/2020



Siapa masih ingat lagi dengan adik Syukor yang popular dengan gelagatnya dengan kerbau-kerbau milik ayahnya. Bahkan hubungan itu menjadikan dirinya viral beberapa ketika, menyebabkan turut digelar sebagai "Syukur The Kampung Boy".

Gambar-gambarnya bersama kerabu-kerbau berkenaan menyebabkan dia diburu oleh fotografer tempatan dan luar negara. Bahkan ia ada diantara gambar berkenaan berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij dunia.

Sumber gambar dari dahliadeanphotography
Namun berita yang menyedihkan berlaku keatas adik Syukor dan ayahnya, Pak Khamis di mana sebanyak 25 ekor kerbau kepunyaan mereka ditemui mati secara tiba-tiba di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

Pastinya hal ini akan memberi kesan yang mendalam kepada adik Syukor berdasarkan hubungan semulajadi yang telah terjalin dengan kerbau-kerbau berkenaan. Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli  Mohamad A-Bakri melalui Instagram milik beliau.



Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣ ⁣ Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣ ⁣ Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣ ⁣ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

OHMEDIA: KAMI HARAPKAN ADIK SYUKOR DAN PAK KHAMIS BERTABAH ATAS DUGAAN YANG BERLAKU.

Kredit: Instagram @drzulkufli.albakri

+ Baca respon pembaca adik Syukor kehilangan kawan seramai 25 ekor kerbau di Facebook Oh! Media








Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/14/2020

0 comments:

Loading...