Akibat Meludah Pemain Lawan, Di Maria Digantung 4 Perlawanan

Posted on Thursday, September 24, 2020 | 9/24/2020



Setiap perbuatan jahat yang dilakukan pasti menerima padah dan satu tamparan hebat buat Paris Saint Germain (PSG) selepas pemain sayapnya, Angel Di Maria digantung 4 perlawanan selepas meludah Alvaro Gonzalez ketika perlawanan menentang Marseille tempoh hari.

Perlawanan tersebut menyaksikan PSG tewas mengejut 1-0 di samping 5 pemain dilayangkan kad merah termasuk bintang Brazil, Neymar. Walaubagaimanapun, Di Maria masih boleh diturunkan pada perlawanan antara PSG dan Reims pada minggu ini.



Hal ini disebabkan hukuman tersebut hanya dijalankan bermula 29 September ini. Oleh yang demikian, PSG perlu menurunkan pemain yang berkualiti untuk bermain di posisi Di Maria selama 4 perlawanan berturut-turut.

OHMEDIA : NAMPAKNYA PEMAIN PSG PERLU LEBIH BERDISIPLIN SUPAYA PERKARA BEGINI TIDAK BERULANG LAGI

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca akibat meludah pemain lawan, Di Maria digantung 4 perlawanan di Facebook Oh! Media 


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/24/2020

0 comments:

Loading...