Beraksi Tanpa Mbappe & Neymar, PSG Terciduk Di Tangan RC Lens


Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) memulakan aksi liga dengan langkah kiri selepas tewas mengejut kepada pendatang baru liga Perancis, RC Lens. Beraksi di hadapan penyokong sendiri pasti menjadi pembakar semangat untuk Lens mempamerkan aksi terbaik.


Hasilnya mereka berjaya memiliki peluang untuk menjaringkan gol pertama menerusi gerakan solo menarik pemain muda, Ganogo sebelum rembatan beliau terkena tiang. PSG yang hanya menurunkan pemain muda di bahagian serangan juga memilki beberapa peluang namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.


Akhirnya Lens berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-57 selepas penjaga gol muda PSG, Bulka melakukan kesilapan menolak bola tepat ke arah Ganogo sebelum penyerang Camerooon itu melakukan rembatan terus ke gawang PSG.  Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

OHMEDIA: PSG NAMPAK BUNTU TANPA KELIBAT NEYMAR DAN MBAPPE YANG SEDANG DIJANGKITI COVID-19

+ Baca respon pembaca beraksi tanpa Mbappe & Neymar, PSG terciduk di tangan RC Lens di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media