'Mimpi Buruk Ini Seperti Tidak Pernah Berakhir' - Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 Merasuk Pawagam 10 September!

Posted on Thursday, September 10, 2020 | 9/10/2020



Setelah 2 tahun, aktres jelita Indonesia Chelsea sebagai Alfie kembali dihantui sumpahan dalam Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2. Kali ini, Alfie perlu menghentikan sumpahan dengan bantuan beberapa rakan di sebuah rumah anak yatim.

Alfie dan Nara (Hadijah Shahab) meneruskan hidup seperti biasa selepas pertembungan dengan iblis beberapa tahun sudah. Namun, episod hitam baginya masih belum berakhir, ianya baru sahaja bermula.

Mimpi ngeri Alfie kini menjadi nyata apabila ada ‘sesuatu’ yang bangkit dari kegelapan semata-mata mahu melunaskan dendam ke atas dirinya dan rakan-rakan. Apa agaknya mencetuskan makhluk itu kembali bangkit menghantui Alfie?

Tindakan masa lalu mula makan diri


Tambah menyeramkan apabila iblis muncul di kediaman keluarga Alfie yang sudah lama ditinggalkan. Ternyata tindakan bapa Alfie sebelum ini memakan diri mereka sekeluarga.

Mampukah Alfie dan rakan-rakannya mematikan sumpahan iblis yang menghuni rumah lamanya? Apakah helah yang perlu dilaluinya untuk meloloskan diri dari cengkaman iblis yang penuh tipu daya?

Tonton filem arahan dan tulisan Timo Tjahjanto ini di pawagam seluruh negara berhampiran korang bermula 10 September ini. 



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/10/2020

0 comments:

Loading...