Netizen Rasa Geram Lihat Kecomelan Naura Boniey Dalam Parodi Peluang Kedua!

Posted on Tuesday, September 08, 2020 | 9/08/2020



Kanak-kanak yang pernah viral disebabkan wajahnya ada iras seperti pengacara, usahawan dan pelakon popular iaitu Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan netizen lagi gais!

Nak tahu kenapa? Che Naura Auni atau lebih dikenali sebagai Naura Boniey tampil dalam sebuah video parodi lagu Peluang Kedua yang dinyanyikan oleh Nabila Razali dengan penampilan khas, MK dari kumpulan K-Clique. Kalau nak tonton video tu, boleh tengok dekat bawah ni.


Video yang berdurasi 4 minit 53 saat itu telah mendapat 109k tontonan dan 11k likes sejak dimuatnaik oleh Mask Team semalam. Dalam video tersebut, ia juga menampilkan Adam Ghadafi sebagai watak MK yang turut berlakon bersama Naura.

Rata-rata warganet rasa geram apabila melihat kecomelan mereka berdua dalam video itu. Apapun, Ohmedia doakan agar Naura terus maju jaya dalam apa jua dia lakukan.

OHMEDIA: COMEL JE TENGOK NAURA BERLAKON SEBAGAI WATAK NABILA RAZALI.

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.







Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/08/2020

0 comments:

Loading...