(Video) 'Aku doakan kaki pakcik ni takleh jalan, amin' - Netizen bengang lelaki ini sepak kucing sampai melambung


Tindakan seorang lelaki menyepak seekor kucing terbiar yang sedang berehat menimbulkan kemarahan netizen khususnya pencinta kucing. 

Dalam kejadian yang berlaku di utara Malaysia, lelaki terbabit yang hanya memakai singlet dan kain pelikat secara tiba-tiba menyepak kucing tersebut di bahagian perut sehingga tercampak. 

Bimbang diapa-apakan, haiwan kecil itu segera melarikan diri dalam kesakitan. 

Perbuatan lelaki itu turut ditegur orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut, namun dia enggan mengalah dan mempertahankan tindakannya. 

Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai indiidu dalam video viral itu tampil memberi maklumat. 

REAKSI NETIZEN




Penganiayaan atau penyeksaan terhadap binatang itu adalah satu kezaliman. Islam melarang keras kepada umatnya melakukan sebarang bentuk kezaliman baik sesama manusia mahupun terhadap binatang.

Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosa-dosa besar.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "0Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat." - (Hadits riwayat Ahmad)

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia



Sumber : thereporter.my