--> Skip to main content

Kes Baru Melonjak Naik! Sebanyak 62 Kes Positif Dicatatkan Hari Ini


Kes baharu jangkitan Covid19 di Malaysia harini melonjak tinggi sebanyak 62 kes baru. Dengan itu, kes keseluruhan setakat pukul 12 tengah hari ini di Malaysia mencatatkan sebanyak 9.459 kes positif.

Daripada 62 kes yang dilaporkan itu, 56 kes daripadanya adalah kes tempatan di mana 30 kes adalah warganegara dan 26 kes bukan warganegara. Enam lagi kes yang tinggal adalah kes import yang berjangkit diluar negara.

Kes yang dicatatkan melonjak naik dengan 50 kes dari Kluster Benteng di Sabah. Walaubagaimanapun, tiada kes kematian harini direkodkan kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media petang tadi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca kes jangkitan Covid19 melonjak naik di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 07 September 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...