OPPO Tawar Smartphone Dengan Refresh Rate 90hz Bawah RM800

Posted on Thursday, September 10, 2020 | 9/10/2020



Sebelum ini OPPO mendedahkan akan mengeluarkan smartphone terbaru mereka OPPO A53 2020 pada penghujung Ogos lalu. Difahamkan model smartphone berkenaan dalam perancangan untuk dijudal di Malaysia. Hadir dengan refresh rate sebesar 90hHz, model ini dikatakan mampu milik kerana dijual pada harga RM699 sahaja.

Buat masa sekarang, bagi korang yang berminat untuk mendapat model ini, ianya sudah tersedia di setiap OPPO Brand Store, pengedar sah, online store seperti Lazada dan Shoppee. Selain refresh rate sebesar 90HZ, smartphone ini juga dilengkapi dengan cip pemprosesan 460 dengan kapasiti RAM sebesar 4GB.

Sumber gambar dari The AXO
Selain itu, ia juga mempunyai storan dalam sebesar 64GB. Dari segi rekabentuk, OPPO A53 2020 ini memounyai saiz skrin sebesar 6.5 inci HD+ dengan aspect ratio 20:9. Paling menarik ia juga didatangkan dengan kapasiti bateri bersaiz 5000mAH yang dilengkapi dengan 18W pengecasan pantas.

Untuk sistem kamera pula, OPPO A53 2020 ini menggunakan tri-camera, 16MP +2MP + 2MP untuk bahagian belakang manakala kamera hadapan pula bersaiz 16MP. Bagi korang yang memlilih untuk membelinya dibawah syarikat telco, ia mula tersedia pada 15 September depan.

OHMEDIA: 90HZ PUN DAH SEDAP MAIN MOBILE GAME, LEBIH-LEBIH LAGI KALAU MAIN GAME JENIS RPG MACAM COD MOBILE.

Kredit: Technave

+ Baca respon pembaca OPPO tawar smartphone dengan refresh 90Hz di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/10/2020

0 comments:

Loading...