Pelumba Lagenda Rossi Akhirnya Sah Milik PETRONAS

Posted on Saturday, September 26, 2020 | 9/26/2020



Segala teka-teki peminat sukan permotoran akhirnya terjawab bila The Doctor atau Valentino Rossi akhirnya disahkan menyertai pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team untuk saingan MotoGP musim 2021 nanti.

Berita gembira ini disahkan oleh Datuk Razlan Razali yang sangat teruja untuk menerima kehadiran pelumba berpengalaman ini dalam pasukan.

Pengalamannya akan menjadi aset terhebat buat pasukan dengan kita akan memasuki musim ketiga dalam saingan MotoGP. Sudah pasti banyak yang boleh kami pelajari daripada Rossi.

Dalam masa sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantunya terus kompetitif sebagai penghargaan atas kepercayaan yang diletakkan olehnya kepada kami.
- Kata Datuk Razlan.

Nampaknya musim 2021 akan menjadi satu tahun yang paling dinanti-nantikan buat pasukan PETRONAS dengan barisan pelumba yang cukup hebat. Rossi akan bersama-sama Franco Morbidelli dan ia pasti akan menggegarkan litar perlumbaan.

Barulah lebih bersemangat nak sokong Rossi musim depan. Betul tak?

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/26/2020

0 comments:

Loading...