Tun Mahathir & Tok Mat Melihat Apa Yang Dilakukan Anwar Hanya Gimik Kerana Ia Bukan Kali Pertama

Posted on Thursday, September 24, 2020 | 9/24/2020



Selepas Presiden PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan yang kerajaan PN telah tumbang dan dirinya pula mendapat sokongan Ahli Parlimen, banyak kenyataan yang dikeluarkan selepas itu. Setakat ini AMANAH dan DAP telah menyatakan sokongan mereka, tetapi ada juga yang katakan tidak benar.

Terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat apa yang dinyatakan Anwar itu adalah bukan pertama kali dilakukannya selepas pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada tahun 2008.

Kita harus tunggu untuk lihat apakah ini satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan. - Katanya kepada portal The Edge Singapura.

Selain itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengatakan perkara sama dan melihat tindakan Anwar hanya ingin mempengaruhi pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu ini.

Mungkin untuk cuba mempengaruhi pengundi Sabah yang akan membuang undi 26 September ini. UMNO masih lagi bersama untuk mendokong dan menyokong kerajaan PN. Jika ada sebarang perubahan pendirian sokongan, ia mestilah di putuskan oleh parti. - Katanya.

Sebelum ini juga, Khairy Jamaluddin turut menyatakan di Twitter miliknya yang tidak akan ada apa-apa yang akan tumbang atau jatuh selepas mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri semalam.


Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/24/2020

0 comments:

Loading...