(Video) 'Siyes laa budak darjah 3 dah pandai bawa kereta?!' - Katanya polis dah jumpa budak tu


Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenama Proton Saga, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 54 saat itu turut menarik perhatian pihak polis sehingga mengerahkan anggotanya mengesan kanak-kanak itu dan ibu bapanya. 

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya kini sedang melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber viral di media sosial itu. 

Setakat ini, tiada sebarang laporan yang diterima. Walaupun begitu, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap kanak-kanak itu dan ibu bapanya kerana membenarkan anak di bawah umur memandu kenderaan. 

Berdasarkan video, kanak-kanak itu memaklumkan dia belajar memandu daripada bapanya sendiri. 

Menurut maklumat terkini, polis berjaya mengesan kanak-kanak terbabit dan gambar kehadiran anggota trafik di kawasan rumahnya turut dikongsikan di Facebook. 


Tidak diketahui sama ada kanak-kanak itu dilepaskan atau diberikan amaran. Bagi sesetengah netizen, ia mungkin mengagumkan. Tetapi dari soal keselamatan dan pematuhan undang-undang, jelas sekali ia berbahaya dan berisiko tinggi jika tidak ditangani segera. 




Ibu bapa dinasihatkan tidak melakukan perbuatan seumpama ini kerana ia bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri, tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain. 

Sumber: Harian Metro, Info Rodblock JPJ/POLIS, Dino



Sumber : thereporter.my