"Waktu Itu Cuaca Sangat Panas", Wanita Lindung Nenek Dengan Fail Ikhlas Bantu

Posted on Thursday, September 24, 2020 | 9/24/2020



Semalam tersebar satu gambar yang menunjukkan seorang wanita sedang melindungi warga emas daripada terkena terik matahari dengan hanya menggunakan fail. Kejadian itu dipercayai dirakam ketika orang ramai sedang beratur panjang di sebuah bank.

Gambar terbabit telah mendapat perhatian netizen yang memuji perbuatan wanita itu. Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook dengan nama Privitha Maimaran yang dipercayai adalah cucu kepada warga meas terbabit telah menaikkan semula gambar terbabit dan mengucapkan terima kasih.

Bagi pihak nenek dan keluarga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita melayu yang memegang fail di tangannya untuk melindungi nenek saya dari terik matahari semasa mereka menunggu lama di luar.

Sebab mengapa saya kongsi gambar ini, kerana masih ada orang di luar sana yang tidak pernah membezakan antara kaum dan menghormati orang tua tanpa kira kaum atau bangsa mereka.
- Katanya.


Bagaimanapun, wanita terbabit muncul di posting terbabit dan menyatakan dia gembira membantu nenek terbabit kerana pada waktu itu sangat panas.

Jangan risau, saya gembira dapat menolong. Waktu itu cuaca sangat panas. Kirim salam saya pada nenek kamu. - Katanya.

Ramai yang melihat ini adalah contoh yang terbaik untuk perpaduan kaum di Malaysia. Dalam dunia politik dan media sosial memang isu perkauman selalu dimainkan. Tetapi realitinya rakyat Malaysia masih bersatu dan boleh hidup berbilang kaum dalam keadaan aman dan sejahtera.

Kredit: Facebook Privitha Maimaran

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/24/2020

0 comments:

Loading...