Ingkar PKPP, 136 Individu Ditahan Dengan PDRM


Ohmedia rasa sedikit kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia kerana telah mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP). Menurut laporan Berita Harian, seramai 136 individu telah ditahan oleh pihak berkuasa semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ketika sidang media pada hari ini bahawa terdapat 100 individu dikenakan kompaun dan manakala selebihnya lagi direman daripada jumlah tersebut. 


Antara kesalahan mengingkari PKP itu ialah aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka di tempat sesak, dan aktiviti di dalam pub serta kelab malam. Selain itu, premis beroperasi tanpa kebenaran dan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI).


Di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kedah pula, kesalahan dikesan termasuklah keluar rumah tanpa alasan munasabah dan orang luar masuk ke kawasan berkenaan tanpa alasan munasabah.


Berkaitan dengan Ops Benteng pula, pasukan keselamatan telah menahan seorang tekong dan 64 pendatang azin tanpa izin (PATI) serta merampas lima kenderaan darat semalam.


Antara kejayaan Ops Benteng, semalam, ialah penahanan 10 PATI di Bandar Penawar, Johor, oleh Rejimen Pertama Kor Armor Diraja. Secara keseluruhan dari 1 Mei hingga 21 September lalu, seramai 7,012 individu ditahan melalui Ops Benteng membabitkan 5,992 PATI, tekong (737) dan penyeludup (283).


Genap dua bulan yang lalu, seramai 32,464 orang menjalani kuarantin wajib selepas pulang ke tanah air menerusi pintu masuk sempadan antarabangsa.


Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,214 orang sedang menjalani kuarantin wajib di beberapa tempat seperti 68 hotel, 8 premis lain, Institut Latihan Awam (ILA) dan institusi pengajian swasta di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak, Perlis, Sabah, Labuan, Kelantan, Selangor, Sarawak, Kedah, Johor dan Terengganu.


OHMEDIA: PATUHI SOP DAN JAGA PENJARAKAN SOSIAL. JANGAN LUPA MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA KELUAR RUMAH.


Kredit: Berita Harian


+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media