Dua Penduduk Kampung Negeri Sembilan Terpaksa Dipindahkan Akibat Banjir

Posted on Thursday, October 01, 2020 | 10/01/2020



Limpahan air Sungai Linggi mengakibatkan penduduk-penduduk kampung di Rantau terpaksa dipindahkan akibat banjir. Sebanyak lapan keluarga yang membabitkan lebih kurang 40 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PSS), Sekolah Sebangsaan Sega Hilir.

Banjir itu berlaku daripada limpahan air Sungai Limggi disebabkan hujan renyai dari pagi tadi lagi. Tempat yang terlibat adalah Kampung Sega Hilir dan Kampung Pasir yang dikatakan telah dinaiki air sedalam 1.21 meter menerusi satu kenyataan dari Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban hari ini. 

Walaubagaimanapun, air di dua kampung yang terlibat masih belum lagi surut disebabkan hujan renyai dan keadaan ketika ini adalah terkawal. Semoga dijauhkan diri kita ini dari dugaan sebegini dan bagi mangsa-mangsa yang terlibat, semoga dipermudahkan semua urusan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca mangsa banjir di daerah Seremban di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/01/2020

0 comments:

Loading...