Tak Boleh Guna Mesin Bayaran Parkir lagi, Hanya Terima e-Wallet Sahaja


Semalam pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan kaedah bayaran tempat letak kereta yang terbaru dan ia dikatakan tidak akan menggunakan mesin di tempat parkir lagi.

Perkara ini diumumkan di Facebook rasmi DBKL dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alaih & e-Wallet dengan alasan mesin parkir telah taman kontrak penggunaan.

Sistem ini akan berkuatkuasa pada hari ini 1 Oktober 2020. Sistem e-Wallet ini agak bagus, tetapi apa yang membuatkan pengguna tidak berpuas hati adalah apabila pihak DBKL menyenaraikan 3 aplikasi sahaja dan ia jarang digunakan pengguna.

Antaranya adalah EZ Smart Park, Flexi Parking, Wilayah Parking dan M-Cash yang perlu dimuat turun pengguna.

Bagaimanapun, DBKL ada memaklumkan yang mereka masih dalam peringkat perancangan untuk menggunakan aplikasi Boost dan Touch nGo e-Wallet yang dilihat lebih mesra pengguna.


Pas harian dan pas bulanan pula sehingga kini masih belum beroperasi dan ia dikatakan akan dibuka semula sebaik sahaja naiktaraf sistem selesai.

Apa pandangan korang dengan perkara ini? Adakah ia satu langkah yang baik atau sebaliknya? Mungkin ia akan memberi kesukaran sedikit kepada mereka yang lebih berumur kerana masih belum biasa dengan sistem e-Wallet ini. Sebab itu jadi tanggungjawab kita sebagai golongan muda untuk memberi tunjuk ajar.

Kredit: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media