Patah Kaki Kiri Selepas Jatuh Longkang Besar Berketinggian 2 Meter


Seorang lelaki yang berusia 39 tahun terjatuh ke dalam longkang dan mengakibatkan dirinya patah kaki kiri. Kejadian berlaku semasa mangsa memalui laluan bahagian belakang sebuah rumah di Taman Perwira, Ampang Jaya tadi.  

Pihak bomba menerima panggilan lebih kurang jam 7.50 pagi tadi. Seramai tujuh anggota menaiki sebuah jentera ke tempat kejadian selepas menerima aduan untuk menyelamatkan mangsa yang berada di dalam longkang besar berketinggian 2 meter. 

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan selanjutnya kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca lelaki jatuh longkang di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media