(Video) Pelanggan bergaduh dengan petugas drive thru sebab buat payment guna method Paywave tanpa izin

Viral di media sosial semalam video pergaduhan di antara pelanggan dan kakitangan sebuah restoran makanan segera di Rawang. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 malam Ahad (27/9/2020) berpunca dari salah faham yang berkaitan dengan kaedah pembayaran di kaunter lorong pandu lalu. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa mendakwa petugas di kaunter berkenaan menguruskan pembayarannya secara pay wave tanpa kebenarannya yang membuatkan dia berasa tidak puas hati. 


Selain itu, mangsa mendakwa petugas yang sama meninggikan suara dan bercakap kasar terhadapnnya serta membuatnya menunggu lama yang membawa kepada pertengkaran sebelum didatangi lelaki lain yang menumbuk mangsa di dahi kiri dan pergelangan tangannya ditarik dengan kuat. 


Difahamkan, mangsa berusia 41 tahun itu telah membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 8 malam pada hari kejadian dengan mendakwa pekerja restoran itu memukulnya. 


Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. 


Polis juga menerima satu laporan polis dari kakitangan restoran berkenaan dan beberapa saksi juga telah tampil untuk diambil keterangan. 


Sementara itu, McDonald's Malaysia mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berlaku di salah satu cawangannya di Rawang di mana pekerjanya telah diserang oleh mangsa. 


"Kami memandang perkara ini dengan serius kerana ia membabitkan kecederaan terhadap pekerja kami. 


"Kami telah membuat satu laporan polis mengenai kejadian ini dan akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini," katanya. 


Seorang netizen yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada salah seorang kakitangan di premis itu menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. 


"Kesnya lelaki ini nak bayar makanan dia. Dah bayar pakai pay wave, keluar resit. Tiba-tiba nak tukar payment method guna pin pula. Memang tak bolehlah sebab dah keluar resit. Benda yang sama saja sama ada pay wave atau pin, bayar juga kan? 


"Dok bising-bising, habis ditumbuk muka budak drive thru tu. Lebam biji mata sudah. Sudah refund duit pun masih bising mengamuk, sampai naik ikut tingkap drive thru, masuk ke kitchen ambil fire estinguisher nak sembur pada pekerja-pekerja. 


"Nasib baik laki saya sempat tolak tangan dia ke atas. Kalau tak, habis semua makanan-makanan di situ. 


"Itu saja yang boleh cerita. Yang selepas itu tak boleh sebab agak sulit untuk diteruskan," katanya. 


Sumber: Berita Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS



Sumber : thereporter.my