Di sebuah kampung di Terengganu ada seorang nenek tua berseorangan menjaga dua orang cucu.
Actually cucu ni cucu angkat sebab nenek ni tak ada anak. Dia ada anak angkat. Cucu ni anak kepada anak angkat dia. Malangnya mak budak ni tak tahu kemana. Jadi nenek ni yang jaga.
Yang menyedihkan, nenek ni dah tua. Tak mampu bekerja. Sakit. Rumah hampir roboh sebab atap bocor jadi rumah dah tak boleh diduduki. Jadi 3 beranak ni hanya duk kat dapur. Tido pun kat dapur rumah tak ada alas hanya simen biasa. Kesian sangat tengok.
Nenek ni pernah dapat bantuan dulu. Tapi sekarang dia tak dapat. Nak makan, sekolah kan cucu. Cucu kesekolah naik basikal. Dua beradik ni satu basikal (orang bagi) sebab satu basikal kena curi.
Ada tak yang nak sama sama bantu dia?
Nanti saya dapatkan maklumat lanjut. Tulis Shahida Sulaiman di Facebook nya.
Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah berhubung dengan Shahida Sulaiman untuk maklumat lanjut.