Bruno Suzuki Naik Ke Terengganu FC?


Kuala Terengganu: Hampir sepak mula Liga Super sabtu ini Terengganu FC masih mencari pengganti pemain import asia bagi menggantikan Kim Hyun Woo.

Kedatangan pemain import baru-baru ini juga dari Korea Selatan belum diputuskan lagi dan masih lagi dalam percubaan.

Rata-rata peminat dan penyokong Terengganu FC mahu Bruno Suzuki pemain kacukan Jepun dan Brazil ini dinaikkan pangkat ke Terengganu FC.

Aksinya yang sebelum ini bersama Negeri Sembilan sudah terbukti banyak menjaringkan gol, dan sepanjang pra-musim bersama Terengganu FC II dia tidak mengecewakan para penyokong yang menyaksikan corak permainannya bergandingan dengan Akanni Sunday.

Sejauh mana permintaan para penyokong yang mahu melihat beliau dinaikkan ke Terengganu FC terserah kepada pihak pengurusan dan jurulatih Terengganu FC.

Terengganu FC II akan memulakan kempen Liga Perdana jumaat ini menentang Sabah di sana manakala Terengganu FC menerima kunjungan PKNS FC bagi aksi pertama Liga Super di Kuala Terengganu pada hari sabtu.