SEMALAM, seorang jurutera dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi keluarga sejak Khamis lalu.
Mohd Faiz Nazmi Norol Azani, 35, yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, juga dikatakan tidak hadir ke tempat kerja.
Bapanya, Norol Azani berkata, berlaku sedikit ketegangan ketika anak sulung daripada enam beradik itu ingin balik ke ibu kota setelah pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina.
“Saya ada menasihatinya yang kelihatan kusut dengan masalah kerana dia baru lapan bulan bercerai dengan bekas isteri dan kes mereka masih dalam perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Berikutan itu, seorang wanita dipercayai bekas isteri kepada jurutera berkenaan telah tampil menceritakan punca sebenar penceraian mereka di Facebook.
Maaf atas kekurangan selama ini…
Menurut wanita yang dikenali sebagai Sya Zaki itu, dia hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang dan membesarkan anak mereka, Mohammad Aaron Ryyan yang masih kecil.
Jangan buat kecoh lagi!
Selama 3 tahun…
Sama-sama susah dan senang…
Sama-sama makan maggi bila takde duit…
Tak mampu jadi macam gadis-gadis di kelab malam yang you puja…
Tambah wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu, bekas suaminya itu juga tidak memberi sebarang nafkah buat anak mereka dengan memberikan pelbagai alasan.
Tapi gaya hidup bebas sana sini!
Perbicaraan mahkamah tetap berjalan…
Doa yang baik2 untuk anak…
Sumber: Sya Zaki
Sumber: cempedakcheese.com