Bermula 1 Mac ini, sebuah taman tema yang berada di Perak iaitu Movie Animation Park Studios (MAPS) akan memperkenalkan model perniagaan baharu yang dicadangkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Dalam usaha mereka menarik lebih ramai pengunjung ke taman tema tersebut, orang ramai akan menikmati masuk secara percuma ke dalam taman tema MAPS dan hanya perlu membayar untuk permainan atau menonton persembahan yang diinginkan sahaja.
Untuk pengetahuan anda, pembayaran untuk setiap permainan juga bermula pada harga serendah RM3 dan RM15 pada permainan paling mahal.
Sumber: Oh! Media