Harga RON95 kekal, RON97 naik 5 sen

PUTRAJAYA – Harga runcit produk petroleum bagi RON 97 naik 5 sen seliter iaitu daripada RM2.38 kepada RM2.43 bermula tengah malam ini hingga 8 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, harga bagi RON 95 dan diesel pula kekal pada harga sama, masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut sepatutnya RM2.13 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

“Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter,” katanya.

Selaras keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari lalu. had pengekalan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 telah dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter.

Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com