'Malaysia: Najib Speaks' Terima Anugerah Wawancara Terbaik


Masih ingatkah anda dengan sebuah wawancara yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolly?

Ia menjadi perhatian ramai kerana wawancara terbabit menjadikan panas buat seketika apabila Najib bertalu-talu menerima persoalan demi persolan mengenai masalah yang dihadapinya.

Walaubagaimanapun, wawancara yang bertajuk 'Malaysia: Najib Speaks' itu kini telah dianugerahkan sebagai Interview Of The Year (Wawancara Terbaik) di Royal Television Society Television Awards2019.

Penganugerahan ini dikongsikan oleh 101 East Al Jazeera melalui laman Twitter mereka dana anugerah tersebut diberikan kepada wawancara tersebut berikutan kontennya yang menonjol, berani dan keboleh percayaannya yang segar untuk ditonton.


Sumber: Oh! Media