Polis tahan lelaki Melayu hina agama Hindu

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan di sini berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan semalam.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya.

Mohamad Fuzi dalam turut menasihati orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Sementara itu, suspek dipercayai memuat naik status tersebut dalam akaun Facebook ‘Zamri Bin Abd Razak’ menggunakan kata-kata kesat pada Februari lalu sebelum tular dalam media sosial baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com