Ustaz Azli Taliban sudah tiada…

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa atau dikenali dengan gelaran Ustaz Azli Taliban meninggal dunia di Madinah, malam tadi.

Norazli, 52, menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 malam waktu Madinah ketika menghadiri majlis konvokesyen anak lelakinya di sini.

Berita sedih itu telah disahkan sendiri oleh anak lelaki arwah, Ahmad Syakir menerusi media sosial sebentar tadi.

“Innalillah wa inna ilaihi rajiuuun. Abi, Norazli B Musa meninggal malam tadi jam 12 lebih di Madinah AlMunawwarah. Mohon doa dari semua semoga ditempatkan bersama orang yang soleh,” katanya.

Semoga Allah mencucuri roh arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah…



Sumber: cempedakcheese.com