Anak lelaki sanggup pukul ibu sendiri kerana terlalu percaya cakap bini

SEORANG anak lelaki tergamak memukul ibunya sendiri gara-gara terlalu mempercayai kata-kata isteri.

Menerusi video yang viral di media sosial hari ini, wanita warga emas itu mengadu turut dimaki hamun dan dihalau keluar daripada rumahnya.

Menurut warga emas itu, menantunya naik angin selepas ditegur kerana membiarkan pampers cucunya merata-rata sehingga menyebabkan cucunya mengalami batuk-batuk.

“Makcik tegur dengan cara baik tetapi dia maki hamun makcik. Apa yang makcik terkilan, anak sendiri turut memihak kepada isteri dia sampai sanggup menghalau makcik keluar dari rumah,” katanya.

Warga emas itu turut menunjukkan tangannya yang bengkak dipercayai akibat dipukul oleh menantunya yang juga merupakan warga Indonesia itu.

Susulan itu, seorang individu telah mengajak warga emas itu untuk membuat laporan polis terhadap anak dan menantunya.



Sumber: kulihatlangitbiru.com