Donald Trump Cadangkan Cukai Baru 25% Ke Atas Konsol



Seperti yang korang sedia maklum, Amerika Syarikat dan China sedang berada dalam konflik perdagangan yang sengit ketika ini. Oleh kerana itu,
industri video game mungkin akan terkena tempiasnya. Pejabat Trade Representative Amerika Syarikat baru sahaja mengeluarkan cadangan tentang cukai import dan konsol video game telah disenaraikan sekali dalam cadangan tersebut.

Untuk pengetahuan korang, Nintendo, Microsoft dan Sony memiliki kilang pembuatan dan pemasangan di China. Sekiranya cadangan baru ini diluluskan, semua barangan akan dikenakan 25% cukai import dan akan memberi Kesan terhadap gamers di luar sana kerana terpaksa membayar harga yang lebih mahal untuk konsol dan sebagainya.

Di samping itu, cadangan ini mungkin akan berkuat kuasa dalam masa sebulan dan akan dimaklumkan pada 17 Jun. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan bertemu presiden China Xi Jinping pada 18 Jun di Jepun dan perkara ini akan menjadi topik perbincangan mereka jika masih belum berkuat kuasa nanti.






Jika perkara ini diluluskan korang jangan risau sebab Oh Media Gaming kan ada. korang kena datang bermain konsol video game di sini. Oh Media Gaming tengah buat promosi sempena hari raya iaitu dengan RM20 korang dapat main selama 4 jam. So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.









Sumber: Oh! Media