John Wick 3 Tewaskan Avengers: End Game?! Betul Ke Ni?!


Jika sebelum ini filem Avengers: Endgame berjaya mengutip kutipan pecah panggung pada minggu pertama tayangan mereka, nyata ia tidak bertahan lama kerana filem John Wick 3 telah merampas takhta tersebut.


Filem arahan Chad Stahelsky berjaya membuktikan filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum berjaya menewaskan filem Avengers: Endgame dalam carta pecah panggung pada minggu pertama tayangannya di Amerika Syarikat dengan kutipan USD57 juta berbanding Avengers: Endgame sebanyak USD29.4 juta sahaja.

Filem John Wick ini merupakan antara filem yang amat dinanti-nantikan tayangannya, lebih hebat lagi, John Wick 4 sudah pun disahkan tayangannya iaitu pada 21 Mei 2021.




Oh!Media : Penangan abang long Wick, sampaikan filem yang seterusnya pun dah disahkan tayangannya. Marvel punya filem pun tak macam ni, hahaha!
Sumber: Oh! Media