Mercun bola halau kera ‘makan’ jari

SIK – Pada kebiasaannya, pemilik kebun menggunakan mercun untuk menghalau haiwan liar seperti kera dan babi hutan daripada merosakkan hasil tanaman.

Ini kerana ianya lebih mudah dan murah kosnya berbanding mengupah penembak untuk membunuh atau menakut-nakutkan haiwan tersebut.

Malangnya hari ini, viral beberapa gambar seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas dua jarinya hancur akibat letupan mercun bola ketika cuba menghalau kera di kebun miliknya.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Changhai, Jeneri, di sini.

Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk menerima rawatan.



Sumber: kulihatlangitbiru.com