Suspek buat video live selepas bunuh pemandu Grab

SEJAK semalam, tersebar gambar dua suspek yang dipercayai menyamun dan membunuh pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar, 27, sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Dua suspek itu merupakan penumpang terakhir Mohd Hanafiee dan berdasarkan siasatan awal oleh pihak polis, mereka telah mengaku menyamun serta membunuh mangsa.

Hasil carian oleh netizen, mereka berjaya menemui Facebook suspek warga Filipina yang menggunakan nama BabyNash Indanan.

Suspek terbabit berasal dari Zamboanga City, Filipina, sempat memuat naik gambar kekasihnya pada pada 24 Mei iaitu hari yang sama Mohammad Hanafiee Jaafar dilaporkan hilang.

BabyNash Indanan turut membuat video live di media sosial miliknya itu yang menunjukkan dia bersantai sambil menyanyikan beberapa lagu popular seperti Where is The Love nyanyian kumpulan The Black Eyed Peas.

BabyNash dengan seorang lagi suspek juga dilihat agak rapat berdasarkan beberapa gambar yang menunjukkan mereka sering bersama.



Sumber: kulihatlangitbiru.com