"Cecair Hijau, Sah Air Cucian Tangki" - Jabatan Alam Sekitar


Semalam Pasir Gudang gempar apabila menemui cecair hijau dikeluarkan kilang ke longkang, hari ini. Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, selepas mendapat aduan penduduk berhubung penemuan cecair hijau seakan-akan minyak atau cat yang masih belum diketahui jenisnya. 

Katanya, dia bersama pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke lokasi pembuangan cecair yang di dakwa dibuang ke dalam longkang itu pada jam 10 pagi kelmarin. JAS sudah mengambil sampel dari kawasan terbabit untuk siasatan.

Hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan cecair hijau yang ditemui di sistem saliran di deretan kilang Jalan Keluli 7 di sini, semalam adalah air cucian tangki. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, ia berdasarkan siasatan jabatan itu terhadap penemuan cecair berkenaan.


“Siasatan dilakukan dan kita dapati cecair itu ialah air basuhan tangki dan warna hijau terhasil akibat lumut di dalam tangki berkenaan. Sekarang semua orang nampak air bertukar warna lain sebagai sisa toksik,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan mendapati tiada sebarang kimia dikeluarkan kerana air itu hanyalah air lumut yang dibasuh dari tangki di dalam salah sebuah kilang di kawasan itu.

Sumber : MyMetro




Sumber: Oh! Media