Esports Life Tycoon Kini Dilancarkan Di Steam



Raiser Games dan U-Play Online telah melancarkan permainan E-Sukan iaitu Life Tycoon di mana pemain diberi peluang untuk menguruskan pasukan sendiri. Permainan ini diwujudkan melalui perkembangan industri E-Sukan yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Mereka ingin menjadikan E-Sukan sebagai kerjaya profesional sama ada sebagai pemain atau pengurus pasukan.

Untuk pengetahuan korang, permainan tersebut akan dilancarkan awal di steam dengan harga RM32. Walaubagaimanapun Raiser Games telah mengadakan promosi sehingga 10 Julai dan permainan tersebut boleh dibeli dengan harga RM25.60. Selain itu, Raiser Games dan U-Play juga merupakan pembangun dan pengeluar permainan Youtubers Life.




Menariknya, dalam permainan Esports Life Tycoon ini korang dapat menguruskan pasukan korang sendiri dan dapat melatih mereka untuk menyertai pelbagai kejohanan untuk menjadikan mereka sebagai pasukan yang berjaya dalam industri E-Sukan. So untuk korang yang berminat boleh dapatkan permainan ini di laman rasmi steam: Esports Life Tycoon



Oh! Makan









Sumber: Oh! Media