Team Secret Mengharumkan Nama Negara di PMCO SEA FINAL 2019 Dan Layak Ke Berlin



PMCO SEA FINAL 2019 telah berakhir di mana kesemua pasukan berentap untuk mendapatkan slot ke PMCO Spring Global Championship. Pasukan dari Malaysia iaitu Team Secret berjaya mencipta kejutan dan mendapat tempat keempat serta membawa pulang $10,000.

Untuk pengetahuan korang, pasukan dari Thailand iaitu RRQ Athena berjaya menjadi juara dan membawa pulang Trofi PMCO SEA dan $30,000. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan gergasi indonesia iaitu Bigetron Esports dan membawa pulang $20,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Purple Mood E-Sport dar Thailand dan membawa pulang $12,000




Team Secret berjaya layak ke Berlin untuk perlawanan pemilihan ke PMCO Spring Global Championship. Selain itu, sebuah lagi pasukan dari Malaysia iaitu Vip Squad hampir untuk mencipta kejutan apabila berjaya mendapat Chicken Dinner pada perlawanan pertama. Walaubagaimanapun, prestasi mereka tidak konsisten dan gagal untuk mendapatkan slot ke Berlin.

Dengan ini, Oh! Media ingin mengucapkan tahniah kepada semua pasukan dari Malaysia yang telah beraksi di PMCO 2019 iaitu Team Secret, Vip Squad dan Yoodo Gank. Selamat maju jaya buat Team Secret yang akan beraksi di Berlin pada 26 Julai ini. Semoga korang berjaya masuk ke Global Final.





Oh! Makan









Sumber: Oh! Media