Sebagai seorang selebriti, media sosial dilihat sebagai sebuah platform yang baik untuk mendekati peminat disamping mengemaskini segala perkembangan dan aktiviti.
Selepas sekian lama, komposer dan penyanyi legenda, Datuk M. Nasir akhirnya menggunakan platform itu untuk mendekati peminatnya dengan mewujudkan akaun Instagram dan Twitter rasmi beliau pada Selasa.
Sehingga kini, penyanyi yang popular dengan lagu Tanya Sama Hud Hud dan Semerah Padi itu telah mendapat 1,167 pengikut di laman Instagram. Manakala di laman Twitternya baharu sahaja 72 pengikut.
Sudah pasti korang semua tidak sabar untuk mengetahui apa perkembangan terkini Datuk M. Nasir bukan? Jadi jangan lupa ikuti beliau dilaman sosial rasminya di @mnasirmohamed
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media