Pesawat Terlajak 78 Kilometer Dari Tempat Mendarat


Selamat pagi dan selamat bekerja semua. Memang penat sebenarnya bila setiap hari perlu masuk kerja walaupun kalau diikut hati memang nak sentiasa terbaring atas tilam yang lembut. Tapi walaupun penat dan mengantuk sekalipun, kita tetap kena laksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja demi mencari sesuap nasi. Jangan jadi macam seroang juruterbang ni, apabila dia tertidur dan terlepas lapangan terbang untuk mendarat sejauh 78 kilometer.

Menurut siasatanm juruterbang terbabit tertidur selepas dikatakan telah berjaga selama 24 jam dan sangat penat.

“Juruterbang pesawat dari Tasmania ke King Island, Australia itu mengalami tahap kepenatan akut, ketika tertidur dalam penerbangan kargo awal pagi,” menurut pengarah eksekutif keselamatan pengangkutan ATSB, Nat Nagy.

Menurut laporan The Independent, beliau adalah satu-satunya individu yang berada dalam pesawat Piper PA-31-350 itu. Beliau terlelap, ketika menurunkan altitud pesawat ke King Island.

Semasa kejadian, pengawal trafik cuba menghubungi juruterbang, tetapi tiada maklum balas. Selepas terlajak, juruterbang berkenaan tersedar dan berpatah balik ke King Island dan berjaya mendarat dengan selamat.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media