"Seandainya Perpisahan Terbaik Buat Kami, Saya Reda" - Fizo Omar


Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai status rumah tangga Fizo Omar bersama isterinya, Mawar Karim. Malah, timbul dakwaan bahawa Mawar mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Fizo memberitahu dia akui terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkata itu. Jelaskan lagi, dia masih menunggu perkembangan lanjut daripada pihak isterinya.

"Apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapatkan nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius. Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini saya masih menunggu perkembangan dan tindakan lanjut daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami," katanya.

Dalam pada itu, Fizo mengakui rumah tangganya kini berdepan dengan kemelut namun bukan berpunca daripada orang ketiga. Jelasnya lagi, apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.

"Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya. Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan








Sumber: Oh! Media