--> Skip to main content

Awang Besul Sudah Tiada...


Masih ingat tak dengan gelagat sang belang yang mencuri tumpuan ramai ekoran aksi jinaknya ketika ditemui di sekitar Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu 19 Julai lalu? Marimau yang diberikan nama Awang Besul berkenaan disahkan mati semalam.

Penyakit ‘Canine Distemper’ iaitu penyakit yang disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing atau lain-lain hidupan liar termasuk spesies harimau telah menyerang si Awang ketika berada dalam rawatan dan kuarantin di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.

Awang Besul dipindahkan ke NWRC untuk mendapatkan rawatan intensif daripada doktor veterinar dan pemantauan. Hasil mendapati terdapat tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan.

Sumber: Malaysian New Post

Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 24 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...