Sis tak sangka Syafie Naswip dah putus tunang dengan Aishah Azman. Diaorang putus bukan sebab ada orang ketiga ataupun masalah keluarg tetapi atas persetujuan bersama. Mana taknya, macam-macam dugaan time bertunang kan? Diaorang ni baru je bertunang pada 7 April lalu.
"Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah, jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini. Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?" katanya.
Syafie pun mengaku, dugaan bertunang terlalu berat baginya dan dia tak mampu nak teruskan lagi pertunangannya tau. Bertabahlah, Syafie. Anggap saja ini tiada jodoh antara Syafie dan Aishah Azman. Doa yang baik-baik.
"Buat masa sekarang mungkin ini keputusan terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya. Ini kali pertama dan terakhir saya membuat kenyataan. Saya mohon maaf jika ada yang bertanya selepas ini, saya tidak mahu jawab apa-apa," katanya.
Diaorang baru je putus tunang, korang dah tanya soalan yang tak sepatutnya dekat diaorang. Hormatilah privasi dia sikit. Dan sis rasa tak perlu kot nak hubungi bekas tunang dia untuk memberi kenyataan. Bagilah diaorang masa dan ruang. Kesian diaorang tau.
"Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat. Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan. Jika Syafie mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh halang," kata Aishah Azman.
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media