Bekas Pemain Junior Talent "Miss Far" Akan Menyertai Skuad PUBG Bosskur?



Satu foto yang dimuat naik di Facebook PUBG Mobile semalam menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat sama ada bekas kapten Junior Talent, NorFarah Shahira atau senang dikenali sebagai Miss Farr akan menyertai organisasi e-sukan terkemuka tanah air, Bosskurr Gaming.

Dalam foto tersebut, Miss Farr dilihat bergambar bersama dengan pemain-pemain utama Bosskurr termasuk Ahmad Fuad Razali (Fredo), Mohd Faris Zakaria (Soloz) dan pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddy).




Sejak dimuat naik foto tersebut telah meraih 2,000 kesukaan (likes), dengan 117 komen serta 27 perkongsiaan. Pada 1 Julai yang lalu, Miss Far secara rasmi mengumumkan dia telah meninggalkan pasukan Junior Talent. Miss Farr bersama Junior Talent sebelum ini layak ke Liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang berlangsung di Shanghai, China.

Sumber: WTM

+ Baca repon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan



Sumber: Oh! Media