Malaysia Sasar 3 Pingat Emas Untuk Esports Di Sukan SEA 2019 Filipina



Buat pertama kalinya dalam sejarah, temasya sukan terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA akan mempertandingkan esports sebagai acara yang akan meraih pingat.

Kontinjen pasukan Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia mensasarkan tiga pingat emas melalui acara esports. Setiausaha Persatuan Esukan Malaysia (ESM), Hisham Darus mengatakan tiga pingat emas ini mampu diraih dari game Tekken 7, Dota 2 dan Hearthstone.

Dalam temasya sukan yang berlangsung pada hujung tahun itu nanti, lima acara esports akan dipertandingkan, iaitu DotA 2, Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang, Arena of Valor dan Tekken 7.






Sumber: JomGaming

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan




Sumber: Oh! Media