--> Skip to main content

Bosskur Mencari Bakat Baru E-Sukan Wanita Untuk Sertai Mereka



Bosskurr Gaming (Bosskurr) kini mencari beberapa bakat baru untuk bahagian penstriman langsung, pengurusan dan hiburan. Dalam satu kenyataan hari ini, Bosskurr berkata mereka mencari penggiat-penggiat e-sukan wanita bagi menyertai bahagian-bahagian baru tersebut dalam organisasi mereka.

Jelasnya lagi, mereka yang terpilih akan dilatih sendiri oleh pemain-pemain Bosskurr seperti Ahmad Fuad Razali (Fredo), Mohd Faris Zakaria (Soloz), Sofian Sultan (Penjahat) dan ramai lagi untuk menyertai kejohanan atau dalam bidang penstriman langsung dan pengurusan.




Sebelum ini, Bosskurr mengumumkan mereka telah membuka bahagian e-sukan baharu dalam organisasinya iaitu, PUBG Mobile yang akan diterajui Fredo Zulfikar Kene (Obot). Pada Mei lalu, pemain e-sukan Singapura yang bernaung di bawah Bosskurr Gaming, Nashrul Nizam (Nash) turut mengumumkan beliau akan mengetuai pasukan Bosskur, iaitu Boss Trio.

Sumber: WTM

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan







Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 12 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...