CSGO: Pemain Team Liquid Kini Berada Di Kedudukan 25 Terbaik Dunia Dari Segi Pendapatan E-Sukan



Team Liquid berjaya menewaskan Vitality di ESL One Cologne 2019 dan memenangi Intel Grand Slam Musim Kedua. Kemenangan dari dua kejohanan ini terus melonjakkan lagi nama pemain mereka menjadi top 25 atlet e-sukan dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah permainan Counter Strike: Global Offensive.

Intel Grand Slam telah menawarkan hadiah wang tunai USD1 juta untuk juara. Astralis adalah juara musim pertama. Beliau memenangi empat kejohanan
di antara bulan April hingga Disember 2018 dan Team Liquid pula memenangi empat acara berturut-turut dalam rekod 63 hari.




Kemenangan di Intel Extreme Masters XIV Sydney, DreamHack Masters Dallas, ESL Pro League Season 9 dan ESL One Cologne berjaya meletakkan mereka di kedudukan terbaik ketika ini.

Oleh kerana Team Liquid memenangi final dan pencapaian yang diperolehi Astralis tidak berjaya dalam rekod yang ditetapkan. Team Liquid kini digelar seabgai pasukan CS:GO terbaik dunia.

Sumber: MyGameOn

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media