PES2020: Konami Mengumumkan Kerjasama Bersama Bayern Munich



Kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich akan kembali dalam eFootball PES 2020. Menjelang pelancaran eFootball PES 2020, Konami telah mengumumkan satu lagi perjanjian kerjasama bersama salah satu kelab terbesar dunia itu.

Bayern Munich juga akan ditampilkan secara rasmi dengan semua jersi, imbasan wajah secara 3D serta rekaan stadium Allianz Arena yang akan diimbas secara 3D.

Selain itu, beberapa pemain legenda Bayern Munich juga akan dibawa masuk ke dalam mode myClub, pemain yang telah didedahkan setakat ini ialah Oliver Kahn. korang boleh saksikan trailer pengumuman kerjasama antara Konami dan Bayern Munich di bawah:






Untuk pengetahuan korang, pasukan Bayern Munich juga akan boleh dimainkan dalam versi demo yang akan dikeluarkan pada 30 Julai nanti. eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk platform PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: JomGaming

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media