--> Skip to main content

FIFA: Pasukan Juventus Tiada Dalam FIFA 20



Selepas Konami mengumumkan kerjasama eksklusif mereka bersama Juventus melalui eFootball PES 2020 semalam, EA Sports terus mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa Juventus tidak ditampilkan secara rasmi dalam FIFA 20. Juventus akan menggunakan nama tidak rasmi, iaitu Piemonte Calcio. Nama, jersi dan logo kelab tidak akan mengikut Juventus di dunia sebenar.

Walaubagaimanapun, korang jangan lah risau kerana pemain-pemain yang ada dalam Piemonte Calcio itu nanti akan menggunakan nama pemain-pemain sebenar Juventus. Semua nama pemain sebenar ini akan hadir dalam semua game mode FIFA 20, termasuklah Ultimate Team dan Career Mode.




Tidak seperti game PES yang boleh edit Option File dan mmenukar nama, jersi dan logo apa-apa sahaja kelab yang tidak rasmi. FIFA nampaknya tidak akan membawakan fungsi ini.

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One. Manakala eFootball PES 2020 akan dilancarkan pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One

Sumber: JomGaming

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 17 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...