PUBG: Team Secret Sudah Berangkat Ke Jerman Untuk PMCO Global Finals Prelims



Team Secret sudah bersedia berangkat ke Berlin, Jerman bagi menghadapi PMCO Global Finals Prelims (pusingan kelayakan) di mana mereka perlu berentap bersama 15 pasukan lain untuk layak ke final.

Kejohanan itu akan bermula pada 20 hingga 21 Julai ini untuk pusingan prelims dan disambung semula pada 26 hingga 28 Julai untuk global final. Sebanyak USD400,000 (RM1.64 juta) hadiah yang dipertandingkan dalam kejohanan penamat bagi PMCO Spring ini




Untuk pengetahuan korang, Team Secret dianggotai oleh BiuBiu, Stewart9k, SinB Neo dan AlexER. Dalam posting di atas, Mari kita doakan mereka dapat perform dan mendapat kedudukan lima teratas dalam pusingan kelayakan ini.

Selain layak ke PMCO Spring Global Finals Prelims, Team Secret juga antara empat pasukan terbaik yang layak ke liga Asia Tenggara PMCO Fall Split yang akan dianjurkan di Bangkok, Thailand tak lama lagi. Mereka bersama VIP, Junior Talent dan AROV Esports akan menyertai Yoodo Gank yang menerima jemputan terus ke liga itu.

Sumber: MyGameOn

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media