--> Skip to main content

Heliza Ditengking Dan Dihalau Pihak Berkuasa Semasa Di Gaza


Penyanyi terkenal dan aktivisi kemanusiaan, Heliza Helmi berhadapan dengan cabaran perit dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa di Gaza. Paling mendebarkan ialah dia beserta rombongan delegasi Malaysia yang menjalankan misi #wakeupforgaza ditahan tentera Mesir.

Sudahlah ditahan pihak berkuasa, cuaca panas sehingga mencecah angka 50 darjah Celcius di bumi anbiya itu juga benar-benar mencabarnya dan rakan-rakan aktivis. Apa yang menyentuh emosi juga ialah, dalam keadaan darurat itu, dia bersama delegasi lain terpaksa tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan sesak dan tiada bekalan makanan serta minuman.

Dalam entri di laman Instagramnya, Heliza berkongsi pengalaman terkandas berjam-jam semalam di Rafah sebelum diarahkan berpatah balik semula ke Gaza. Heliza dan rombongan berkenaan terpaksa bermalam di Gaza sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini.

Selain diberi layanan yang kasar oleh pihak berkuasa di sana, selama berjam-jam itu mereka juga terputus hubungan dengan keluarga di tanah air kerana tiada jalinan internet.

"Memang langsung tak ada kedai. Makna kata, takda makanan, tak ada minuman. Masa nak bagi pasport, kena tengking dengan pihak berkuasa, beratur panjang-panjang, then kena halau, then kena beratur lagi kena marah lagi. Sistem suka hati mereka namanya," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 18 July 2019
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...